CiK

CiK

Monday 10 December 2012

Dia Selalu Ada..

❀❀ Jika manusia mengecewakanmu,
 Jangan berduka kerana Allah selalu menunaikan harapanmu...

Jika manusia menzalimimu, 

Jangan berduka kerana Allah selalu berlaku adil terhadapmu...

Jika manusia melukaimu, 

Jangan berduka kerana Allah selalu menitipkan penyembuh buatmu...

Jika manusia menyayangimu,


ketahuilah bahwa terkumpulnya cinta seluruh manusia di bumi ini tidak akan pernah menandingi cinta Allah terhadapmu... ❀❀

Pada Waktu



Di waktu kamu ingin melepaskan seseorang,
ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya
Di waktu kamu mulai tidak mencintainya, 
ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya
Di waktu kamu mulai bosan dengannya,
ingatlah selalu saat terindah bersamanya
Di waktu kamu ingin menduakannya, 
ingatlah bahawa dia selalu setia kepadamu
Di waktu kamu ingin membohonginya, 
ingatlah dia telah jujur kepadamu
Maka kamu akan merasakan bermakna dia untukmu
Jangan sampai nanti dia sudah tidak lagi di sisimu, 
kamu baru menyedari semua erti dirinya untukmu

Yang indah hanya sementara
Yang abadi adalah kenangan
Yang ikhlas hanya dari hati
Yang tulus hanya dari sanubari

Tidak mudah mencari yang telah hilang
Tidak mudah mengejar impian
Namun yang lebih susah adalah mempertahankan yang ada
Karena walaupun digenggam terlepas juga

Ingatlah kata pepatah: "Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini". Belajar menerima apa adanya dan berfikiran positif. Hidup bagaikan mimpi, seindah apapun, begitu bangun semuanya akan sirna tak berbekas

Rumah mewah, harta benda, kedudukan, jawatan, namun ketika nafas terakhir tiba, sebatang jarum pun tak dapat dibawa, sehelai benang pun tak mampu dimiliki

Apalagi yang mahu diperebutkan
Apalagi yang mahu disombongkan
Maka jalanilah hidup ini dengan keinsafan nurani


Jangan terlalu berhitung
Jangan hanya mahu menang sendiri
Jangan suka menyakiti sesama, 
Apalagi terhadap mereka yang berjasa bagi kita

Belajarlah tiada hari tanpa kasih
Selalu berlapang dada dan mengalah
Hidup sentiasa ceria dan bebas
Tak ada yang tak dapat di ikhlaskan
Tak ada sakit hati yang tak mampu dimaafkan
Tak ada dendam yang tak mampu dihapuskan
"Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini

Tuesday 4 December 2012

MuHaSaBaH SeKeTiKa

Binalah kepercayaan bahawa kita adalah insan yang bernilai dan berhak untuk menyayangi serta disayangi...kenapa harus anda biarkan diri anda terus disakiti oleh orang yang tak pernah menghargai sedangkan anda ada peluang untuk mencari kebahagiaan yang hakiki?? 

Berhentilah dari meratapi sebuah kegagalan. Gagal sekali bukan bermakna gagal untuk selamanya. Hati kita milik kita. Kita yang berhak dalam menentukan kebahagiaan hati kita. Bukan dia, bukan orang disekelilingmu. Tapi kamu. Allah juga pernah berfirman yang bermaksud "dia tidak akan mengubah nasib hambanya melainkan mereka mengubahnya dengan sendiri." Jadi ambillah kesempatan yang diberikan ini untuk mengubah nasib. 

Mengapa harus dibiarkan kegagalan pertama menjadi batu penghalang untuk kita mencapai kejayaan dalam hidup kita?? Let's make a move. Biarkan orang sekeliling terus mengata jangan kamu berasa lemah tapi berbanggalah kerana mereka masih mahu mengambil tahu perihal hidup mu. Dan itu membuktikan bahawa kamu mempunyai kelebihan yang mereka tidak miliki. Oleh itu, mereka berasa dengki.

"Allah ambil matahari lalu diturunkan hujan, selepas hujan Allah hadiahkan pelangi" Yakinlah wahai teman, setiap yang berlaku punya sebab yang tersirat dan tersurat. Sentiasalah bersangka baik pada pencipta mu. Sesungguhnya dia mengetahui apa yang terbaik bagimu. Dia tak beri apa yang kamu minta tapi Dia beri apa yang kamu perlu. 

Sedarlah..peluang tak akan datang bergolek tapi perlu dicari. Oleh itu, berusahalah dalam mencari peluang memperbaiki diri. Hidup adalah untuk belajar dan memahami bukan untuk difahami semata-mata. Hargai apa yang ada didepan matamu. Jangan jadi seperti Pak Pandir yang tamak haloba nanti yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. 

Manis itu sememangnya enak untuk dirasai tapi beringatlah kemanisan itu juga adalah racun yang bisa membuat kita menderita. Usahlah, kamu berasa yakin apa yang kamu miliki itu adalah kekal. Hidup ini ibarat roda yang bisa berpusing dan terbalik keadaanya. Dan janganlah kamu lupa orang yang berada di bawahmu saat kamu berada diatas. 

Peliharalah hati kamu dari bisikan syaitan yang tak pernah berputus asa dalam menunaikan janjinya untuk menyesatkan anak adam. Berusahalah mendekatkan diri pada yang abadi. Sesungguhnya ketenangan itu akan kau rasai didalam hati.

Wednesday 26 September 2012

Ya Allah..Aku Rindu Dia

Ya Allah..sesungguhnya engkau mengetahui apa yang ada didalam hatiku pada ketika dan saat ini.. Ya Allah..ampunilah aku sekiranya rindu aku pada hambamu ini melebihi rindu seorang hamba kepada penciptanya. Kuakui..sukar bagiku untuk berhenti menyanyangi dan merindui dirinya..Oleh itu, Ya Allah.. Aku mohon agar kau
bantu aku dalam memelihara rasa cinta ini..



“Ya Allah, aku rindukannya kerana-Mu Ya Allah, Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepada-Mu. Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku, tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia.


Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..


Terima kasih Ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalan-Mu ini. Terima kasih kerana memberikan CINTA JARAK KEJAUHAN itu kepada aku dan dia.”

Thursday 6 September 2012

It'S AbOuT LiFe

Kesenangan yang datang tak
akan selamanya..
Begitulah selepas susah ada
kesenangan..
Seperti selepas malam 
datangnya siang..
Oleh itu, waktu senang
jangan lupa daratan.

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum semuanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa??

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak ia akan membawa putus asa
pada tuhan..
Ingatlah biasanya kabus tak akan berpanjangan
setelah kabus berlalu pasti cerah kembali..

Ujian adalah tarbiyyah dari Allah
Apakah kitakan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari Tuhan..

Sejenak!!!

salam ukhwah, salam perjuangan, salam mujahadah penuh keinsafan..


"Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan yang telah banyak kapal karam di dalamnya. Andai muatan kita iman dan layarnya taqwa nescaya kita tidak akan tersesat di lautan hidup ini."


"Angin yang menderu datang tak menentu..ombak memukul pelayaran..apakah tergoyah layar keimanan?? Untulmu teman sirami hidupmu, bajai hatimu dengan ketaqwaan dalam mencari keredhaan tuhan. Hati-hati teman..meniti salju kehidupan yang rapuh, bisa cair dan runtuh..bersama angin lalu, kukirimkan harapan agar terus tabah hadapi cabaran. Apabila kejayaan dalam genggaman, INGAT teman, kita akan pulang."


"Ketahuilah teman, 
kemuliaan manusia bukan terletak pada luaran tetapi pada hati yang takutkan Tuhan. Oleh itu, tekadkan keyakinan kerana kau adalah umat pilihan. Hadapilah ujian dengan iman, jangan terlalu ikutkan perasaan."

Tuesday 4 September 2012

Musafir..

Hidup adalah kesempatan yang sedikit. Dia datang dan pergi malah pasti akan pergi.

Singkatnya hidup di dunia ibarat musafir yang berhenti singgah untuk berteduh daripada panasnya terik matahari. Maka rugilah bagi si musafir yang bercadang untuk membina rumah di bawah teduhannya itu, kerana dia tidak mempunyai tapak dimana dia berpijak. Dia sepatutnya meneruskan perjalanan hingga sampai ke destinasi kerana dia apabila sampai di sana, dia ada bermacam-macam pengalaman untuk dikongsikan. Dia akan dilihat lebih berharga daripada orang lain yang tidak menempuhi jerih-perih perjalanan itu. Seorang musafir perlu bertindak dan berfikir sebagaimana seorang musafir.

Kita semua adalah para musafir untuk perjalanan yang jauh. Oleh itu, berusahalah menjadi musafir yang bijak, bertenaga dan berjaya. Andai masa boleh kembali lagi, andai yang berakhir bisa bermula sekali lagi, ingin segalanya bukan sepedih ini, ingin tersenyum setulus hati, ingin segalanya indah tanpa kesalan.


ApA BiLa...

Rasa semuanya serba tak kena, tak tahu apa yang nak dibuat, ingatlah..kita bukan keseorangan.. kita masih boleh bersandar kepada Dia yang maha mengasihi..

apabila hidup diselubungi kegelapan, semuanya silap, carilah sinar itu dari Dia yang memberi cahaya.

apabial dibelenggu masalah sedang tiada sesiapa yang mahu mengambil kisah, ingatlah pada Dia yang tak pernah melukakan hatimu. Dia maha adil.

apabila hatimu terluka dan sedang kesakitan itu menumbangkan kudrat mu, janganlah kau berputus asa kerana Dia melihat segala-galanya.

apabila dirimu lemah tidak bermaya, sedangkan perjalananmu masih jauh perlu diharungi, carilah kekuatan itu dari yang Maha Perkasa.

apabila hidup ini dirasakan seperti beban, segala-galanya goyah, bangunkanlah semula kata semangat itu dengan keyakinan bahawa itu adalah Iradat-Nya

apabila jalan dihadapanmu digelapi mendung sedangkan tiada sesiapa disisi yang sudi menemanimu, carilah jalan yang lurus itu dari Dia yang menjadi satu-satunya panduan hidup.

apabila semua orang disekelilingmu tidak mahu mendengar suara dan keluhanmu, jangan kecewa kerana Dia Maha Mendengar

apabila miskin dan papa, anda terperangkap dalam kesempitan, ingatlah pada Dia yang Maha Kaya

apabila engkau berada dalam kedukaan sedangkan tiada tempat untuk melarikan diri, mengadulah kepada Dia Yang Satu

apabila keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya, serahkan dirimu kepada Dia..satu-satunya tempat yang boleh digantungkan harapan

apabila parut lukamu dicederakan lagi, hatimu dicakari kebimbangan, ingatlah pada Dia yang sentiasa bersama-sama orang yang bersabar.



Allah will answers prayers in three way..
he say YES and give what you want..
he say NO and give you something better
and he will say WAIT and he give you the best in His own time..



Monday 3 September 2012

DaH NaMa HidUP



  • usah terlalu berkira supaya anda tidak terlalu dikira
  • usah asyik mengharapkan orang memberi kata-kata sayang andai diri sendiri lokek senyuman
  • usah kuat mempertikai tetapi terkadang terimalah dia seadanya
  • usah terlalu mengikut kehendak hati tetapi selalu lah berhati-hati sewaktu berbicara dengan hati kerana disitulah duduknya syaitan
  • usah terlalu mengharapkan sesuatu yang tak tercapai dek tangan tetapi hargailah apa yang dah berada dalam genggaman.
  • usah terlalu mengagumi pelangi kerana ia adalah satu ilusi, tapi kagumilah diri sendiri kerana ia tentu lebih bererti
  • usah dilihat masalah yang timbul olehnya, tetapi ambillah untung bersamanya
  • pengalaman yang melukakan adalah teladan. tak perlu mengingati yang telah berlalu dan terlepas sebaliknya berfikirlah ke arah hadapan dan apa yang bakal ditempuhi.
  • hari ini adalah lebih baik daripada semalam dan esok adalah lebih baik daripada hari ini. yakin bahawa Allah bersama orang yang kuat berusaha, berdoa dan bertawakal.
  • orang yang berusaha walaupun gagal adalah lebih baik daripada orang yang gagal terlebih dulu sebelum dia disahkan benar-benar gagal.

Mencari redha-Mu

Ya Allah Ya Tuhanku..hambamu merindukan rahmat dan kasih sayangMu
dan jua keredhaanMu dalam hidupku
meskipun ku ulangi dosa dan noda yang menjanjikan azab sengsara
namun kusedari keampunanmu tidak bertepi
ku akur..diri ini hamba yang sering mungkir pada janji-janji
Jadikanlah taubat yang sejati padaMu ya Ilahi
Ya Allah..ampunkanlah dosa-dosa ku
Ya Allah..redhakanlah kehidupan ku
moga terhapus penghijab kalbu..
antara kau dan aku

Tuhanku..
sesungguhnya ku zalimi diri ini andai kau tak ampuni dan merahmati ku
alangkah ruginya diri..
Tuhanku..
janganlah kau palingkan hati ini, setelah hidayah kau beri..
sesungguhnya..kaulah masa pengasih..
..amin ya rabbal alamin..





aku datang kemari bukan mencari cinta..
cinta itu sudah ku miliki..
ibaratkan daku ini hanya seorang musafir lalu..
seperti angin yang datang..
pasti akan berlalu jua....


Impian kasih



ketika mentari terbenam melabuhkan tirai
ombak masih setia memukul pantai 
lalu hati bertanya apakah rahsia pantai
pasti jawab pantai..dialah penanti yang setia
setia sang pantai..membuat diri berteleku 
mencari jawapan apa rahsia diri
dan yang kutemui rahsia diri hanyalah setia pada yang Esa
kerana setia yang satu ini mengundang rahsia jiwa
namun hati berkata..rahsia hati masih rindu pada insan


jika rindu pada insan, maka terseksalah jiwa
antara mimpi dan nyata
hati sering terkeliru
ohh!! tuhan..sekiranya dia yang terbaik buat diriku
satukanlah hati kami..kukuhkanlah keimanan dilubuk hati kami
sandarkanlah cinta kami dalam redha-Mu ya Allah
hanya kepada-Mu aku dan dia berserah
mengharap dan menanti agar
sinar kebahagiaan itu milik aku dan dirinya


demi waktu yang tersisa
izinkanlah kebahagian itu menjadi milik kami berdua
dan diakhirnya aku sedar
kebahagiaan yang hakiki itu adalah milik Allah yang maha Esa.
sesungguhnya aku pasrah..

Monday 30 July 2012

indahnya maaf..


♥ ~ Indahnya ukhwah kerana Allah. Yang tua dihormati yang muda disayangi. Jika tersilap langkah, indah tuturnya menasihati. Nasihat diberi tiada sedikit pun rasa benci. Madahnya lembut mudah disambut. Tegurnya disenangi maka yang silap juga terasa senang diperbaiki. 

Demikianlah kata padanya amarah. Pada kalam tersulam megah. Saat itu, gahnya diri suburnya benci. Jika menasihati, kalamnya mengguris hati, jadilah yang tua terasa hati, yang muda menjauh diri. 

Nilaian Allah, manusia itu hanya hamba. Akan mulia dengannya taqwa. Jika berlaku silap sengketa, Maaf itulah rahsia damainya. 

Jadilah orang yang dicintai nabi. Dendam , benci tiada di hati. Yang ada hanya kasih. Yang nista di balas dengan mesra. Yang kesat di balas dengan jalan selamat – diam. Malah menjadi pertama menghulur maaf, walau bukan mulakan khilaf. Pesan nabi, kata “maaf “ awali lah diri. Walau ego letaknya tinggi, biarkan saja ia melintasi. Usah di agung ego di hati. Jangan di biar meracun diri.

****
~Sempena bulan yang mulia ini, marilah kita didik diri kita agar menjadi orang yang pertama memulakan 'maaf' walau bukan kita yang pertama memulakan 'khilaf'... Sama-sama kita didik hati agar ikhlas menerima maaf. Moga tiada dendam, benci, amarah lagi yang tersisa di dalam hati. InsyaAllah~

Thursday 26 July 2012

Anugerah Allah

Jodoh dan cinta adalah anugerah Allah, bahkan sebelum kita dilahirkan. Menurut al Qur’an, manusia diciptakan Allah berpasangan lelaki - perempuan dan kepada mereka dianugerahi perasaan cinta dan kasih sayang, dan sudah menjadi fitrah kita ingin mencintai dan dicintai. Tercapainya keperluan bercinta itu, jika ditunaikan secara benar maka hal itu akan membuat kita merasa tenteram , tenang dan bahagia, sebaliknya cinta yang ditunaikan tidak mengikuti prosedur akan membawa kepada penderitaan. Dalam al Qur’an perasaan cinta antara lelaki dan perempuan disebut dengan perkataan mawaddah, rahmah, (Q/30:31) syaghafa,(Q/12:30) mail (Q/4:129), dan hubb-mahabbah (Q/12:30). perkataan yang berbeza-beza itu merujuk kepada keadaan rumit, mendalam dan kepelbagaian cinta. 
Cinta memang memiliki dimensi yang sangat luas dan mendalam dimana perbezaan karakteristik itu akan membawa implikasi pada perbezaan tingkah laku. Cinta itu sendiri diungkap dalam bahasa Arab dengan tiga kelompok karakteristik, yaitu (1) apresiatif (ta`dzim), (2) penuh perhatian (ihtimaman) dan (3) cinta (mahabbah). Yang pertama, orang yang dicintai itu menempati kedudukan harimau atau pedang,(yang ditakuti dan dikagumi), yang kedua seperti bencana (yang harus diwaspadai) dan ketiga seperti minuman keras (yang membawa ketagihan). Tiga kelompok karakteristik itu terkumpul dalam ungkapan mahabbah, orangnya disebut habib, habibah atau mahbub. Sahabatku yang ingin segera menikah, jadikanlah mawaddah warahmah sebagai tujuan cinta untuk menemukan jodoh anda, cinta yang membawa ketenteraman, ketenangan dan kebahagiaan dalam mengarungi bahtera rumah tangga hanya dengan mengharap keredhaan Allah. Jangan putus asa, tetaplah berikhitiar dan memohon kpd Allah maka Allah akan mengirimkan jodoh yg terbaik untuk anda.

---Doa jodoh:
'Rabbana hablana milladunka zaujan thayyiban wayakuna shahiban lii fiddini waddunya wal akhirah' Artinya. 'Ya Tuhan kami, berikanlah kami pasangan yg terbaik dari sisiMu, pasangan yg juga menjadi sahabat kami dlm urusan agama, urusan dunia & akhirat.'

semoga kita mendapatkan jodoh yg terbaik dari sisi Allah

Tuesday 24 July 2012

wahai muslimah..jangan dirisau akan jodohmu,kerana muslimin yang bijaksana itu tidak terpaut pada wanita hanya kerana kecantikan, senyuman, bicara manis yang menggoda atau pujuk rayu yang boleh mencair kan imannya..sesungguhnya lelaki itu pemimpin wanita..andai belum juga rezekimu, anggaplah pemilik tulang rusuk yang kamu nantikan itu sedang membina sahsiah kepimpinannya untuk memimpin dirimu..kerana setiap wanita itu pasti ada kekurangannya..dan lelaki yang benar-benar  layak pasti hadir untuk melengkapkan kekurangan pada dirimu..