CiK

CiK

Tuesday 4 December 2012

MuHaSaBaH SeKeTiKa

Binalah kepercayaan bahawa kita adalah insan yang bernilai dan berhak untuk menyayangi serta disayangi...kenapa harus anda biarkan diri anda terus disakiti oleh orang yang tak pernah menghargai sedangkan anda ada peluang untuk mencari kebahagiaan yang hakiki?? 

Berhentilah dari meratapi sebuah kegagalan. Gagal sekali bukan bermakna gagal untuk selamanya. Hati kita milik kita. Kita yang berhak dalam menentukan kebahagiaan hati kita. Bukan dia, bukan orang disekelilingmu. Tapi kamu. Allah juga pernah berfirman yang bermaksud "dia tidak akan mengubah nasib hambanya melainkan mereka mengubahnya dengan sendiri." Jadi ambillah kesempatan yang diberikan ini untuk mengubah nasib. 

Mengapa harus dibiarkan kegagalan pertama menjadi batu penghalang untuk kita mencapai kejayaan dalam hidup kita?? Let's make a move. Biarkan orang sekeliling terus mengata jangan kamu berasa lemah tapi berbanggalah kerana mereka masih mahu mengambil tahu perihal hidup mu. Dan itu membuktikan bahawa kamu mempunyai kelebihan yang mereka tidak miliki. Oleh itu, mereka berasa dengki.

"Allah ambil matahari lalu diturunkan hujan, selepas hujan Allah hadiahkan pelangi" Yakinlah wahai teman, setiap yang berlaku punya sebab yang tersirat dan tersurat. Sentiasalah bersangka baik pada pencipta mu. Sesungguhnya dia mengetahui apa yang terbaik bagimu. Dia tak beri apa yang kamu minta tapi Dia beri apa yang kamu perlu. 

Sedarlah..peluang tak akan datang bergolek tapi perlu dicari. Oleh itu, berusahalah dalam mencari peluang memperbaiki diri. Hidup adalah untuk belajar dan memahami bukan untuk difahami semata-mata. Hargai apa yang ada didepan matamu. Jangan jadi seperti Pak Pandir yang tamak haloba nanti yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. 

Manis itu sememangnya enak untuk dirasai tapi beringatlah kemanisan itu juga adalah racun yang bisa membuat kita menderita. Usahlah, kamu berasa yakin apa yang kamu miliki itu adalah kekal. Hidup ini ibarat roda yang bisa berpusing dan terbalik keadaanya. Dan janganlah kamu lupa orang yang berada di bawahmu saat kamu berada diatas. 

Peliharalah hati kamu dari bisikan syaitan yang tak pernah berputus asa dalam menunaikan janjinya untuk menyesatkan anak adam. Berusahalah mendekatkan diri pada yang abadi. Sesungguhnya ketenangan itu akan kau rasai didalam hati.

No comments:

Post a Comment