CiK

CiK

Saturday 11 July 2020

Macam mana nak MOve ON?

Assalammualaikum.. alhamdulillah. Masih dipanjangkan umur untuk mengarang lagi. Tahun ni almost 4 years dah jadi isteri, and almost 3 years jadi ibu. InshaAllah tak lama lagi bakal terima zuriat kedua pulak. Ramai jugak orang tanya macam mana aku boleh move on dengan cepat. Well siapa yang kenal aku sebelum ni mesti tau kisah cinta tragik yang aku dah lalui sebelum ni. Kalau tak tahu aku bagi long to short story sikit. Aku pernah 'kawan' dengan sorang lelaki ni. Lebih 8 tahun kitorang kenal and go through our relationship and then we all plan nak kawin. Masa plan nak nikah ni tahun last aku buat diploma. 8 tahun kitorang bercinta everything going smooth and steady. Aku pernah jumpa family dia banyak kali. And family dia pon dah pernah datang rumah aku a few time. So, i think all is well until the day we got engaged. His family and family members come to my 'pondok buruk' and in front of my dad one from his aunty said 'oh macam ni je rumah dia' dengan muka yang annoying. Yes!! I know family aku bukan orang have-have tapi tak pernah la nak ambil kesempatan atas kebaikkan orang lain. Apatah lagi nak jadi gold digger. Aku bukan la jenis orang yang cepat gelap mata tengok harta orang. Tapi tu la.. macam-macam pulak yang orang tuduh. Aku kawan dengan that guy sebab dia anak orang kaya la. Aku kawan dengan dia sebab nak kikis harta dia la. Mintak hantaran mahal la. In 2013.. hantaran RM8500 inlude mas kawen diorang cakap boleh beli jongkong emas. What do you think? Aku sabar je even masa tu hati memang dah tawar sangat. Tak sangkakan? Masa hari aku dengan dia nak bertunang tu majlis kecoh pasal duit hantaran. Soal minyak dengan tol datang rumah aku pon diorang ungkit. Kalau ikut hati aku masa tu nak je aku keluar dari bilik and halau semua orang balik. Sedap je cakap aku kikis duit. Padahal masa dia study dulu takde duit aku jugak yang dia mintak. Masa tu hati ni dah tahu. His not my "jodoh". Tapi untuk taknak mengerohkan lagi keadaan aku diam. Tunggu jawapan dari pihak dia. Kalau ikut janji kitorang tunang untuk 6 bulan and paling lama pon setahun. Dah nak dekat setahun aku tanya dia. Dia cuma cakap buat la preparation. Majlis tak lama dah. Kalau la awak tahu macam mana perasaan saya masa tu sumpah awak takkan berani cakap macam tu. Lepas setahun still diam. Tak ada perbincangan langsung sama ada nak teruskan or tak. Aku terus desak and desak. And at the end dia cakap mak dia taknak teruskan and mintak dia mintak putus dengan aku tapi dia tak sanggup sebab still sayang aku. And dia janji nak pujuk mak dia. A few month later.. aku ajak dia jumpa mak dia. To make it clear. And depan mak dia aku mintak penjelasan. And his mother cakap dia bukan tak suka aku tapi dia cakap keadaan dah tak sama. Family aku macam tak suka dengan family dia. Of coz la takkan ada orang suka orang yang tak ada adab. Senang je nak twistkan cerita and blame on other people. Masa tu hati aku yang dah lama remuk tu memang dah nekad untuk make sure kisah kami ni ada ending. Aku cuma pesan satu je dekat mak dia. Kalau dah taknak pulangkan. Jangan biar tergantung. Masa nak bertunang boleh datang jumpa family aku. Nak putuskan pon datang jumpa la family aku. Balik dari jumpa mak dia tu hati rasa kosong. Maybe istikarah aku dah terjawap. Cuma siapa jodoh aku waktu tu aku belum kenal. A few time, maybe sebulan dua lepas aku jumpa mak dia tu kot baru family dia datang rumah jumpa mak ayah aku untuk putuskan pertunangan aku dengan dia secara official. Masa tu aku tengah kerja. Adik, kakak, boleh kata almost semua family member aku call nangis-nangis sebab sedih bagi kata-kata semangat kat aku. Well diorang tau macam mana kami dulu and of cause la diorang takut aku buat benda bodoh. Tapi alhamdulillah aku tak macam tu. Aku profesional. Even hati tengah remuk macam kena langgar lori 12 tan tapi aku tetap senyum sambil buat kerja sampai office mate aku semua tak tahu pon. Hari aku putus tu aku still kerja macam biasa sampai la time cuti rehat. Aku keluar bawak hati aku yang sedih ni pergi makan sedap-sedap, tengok wayang, and shopping sorang-sorang. Balik dari tu aku cakap dekat diri aku. "See dia takde pon aku still boleh makan, enjoy macam biasa. So, it's ok." Korang yang mana baru break tu maybe susah nak lupa tapi kita boleh cuba. Just take your time.

Sunday 2 November 2014

JiKa..

Jika  kehadiranku menggangu hatinya, 
Tidak membawa kebaikan padanya,
Maka pintaku..
Pisahkanlah aku daripadanya dengan cara yang terbaik Ya Allah,
Meski aku tahu aku yang akan terluka nanti.

Jika aku tak layak untuk dirinya,
Serta bukan yang terbaik untuk dirinya,
Jauhkanlah aku darinya Ya Allah,
Hilangkanlah aku dalam bayangnya sejauh-jauhnya
hingga hilang dalam kelam malam.

Jika bukan aku yang tertulis untuknya
Bagi melengkapi separuh dari agamanya,
Maka berikanlah jarak pada kami,
Dan berikanlah kepada kami kekuatan
Dalam menjaga hati kami untuk orang yang telah Engkau takdirkan bagi kami.

Sunday 26 October 2014

Hak Kemaafan



Kita memang berhak dan mempunyai hak sama ada untuk memaafkan orang yang menyakiti kita. Kita boleh untuk bersorak dengan riang kerana mendapat pahala atas kejahatan yang telah dia lakukan kepada kita sementara dia terus dengan dosa-dosa yang telah dia lakukan.

Ada orang yang mempunyai ketegasan dalam hal ini dengan tujuan untuk memberi pengajaran agar dia tak terus berbuat kesalahan yang sama. Tapi tersudut dihati kita tenangkah perasaan kita? Legakah? Sesetengah orang memang begitu. Maaf adalah sesuatu yang amat berharga dan tidak mudah memberinya walaupun diminta. Apalagi jika kesalahan itu berpunca dari satu kesalahan yang disengajakan dan amat menyakitkan hati.

Dalam hati terdetik, ‘Padan muka engkau, umpat aku lagi, tipu aku lagi, sakitkan hati aku lagi, sekarang tanggunglah dosa-dosa engkau sampai kiamat.’

Tapi tahukah anda kesalahan yang tidak diselesaikan dengan maaf di dunia ini akan berlanjutan hingga ke Akhirat?
Di sana orang yang bersalah terpaksa membayar dengan memberikan pahala kebaikannya untuk menebus maaf daripada orang yang dizaliminya.
Hingga akhirnya dia muflis dan kerana itu dia dilemparkan ke Neraka.
Begitulah besarnya implikasi “maaf”.

Tapi, andai andalah orang yang bersalah itu, dan anda telah meminta maaf dengan mengakui semua kesalahan anda, dia masih bertegas untuk tidak memaafkan anda, bagaimana rasanya? Sanggupkah kita untuk berjumpa dengannya diakhirat kelak dan membayar kesalahan kita dengan memberikan pahala kebaikkan yang kita sendiri pun tak pasti berapa banyak kebaikkan yang kita buat diterima oleh Allah?
Sebab itulah kita kena berhati-hati dalam menjalani hidup. Seboleh mungkin jangan lakukan sebarang kesalahan terhadap manusia kerana kesalahan sesama manusia tak akan selesai selagi kita tidak menyelesaikan dengan orang kita berbuat salah. Lain pula dosa dengan Allah. Kita boleh meminta ampun dan maaf kepada Allah secara terus. Tapi dengan manusia?

Ada satu kisah menarik pada zaman Rasulullah dahulu yang mungkin boleh kita jadikan tauladan dan pengajaran. Mungkin juga sebagai pelembut hati dalam memberi maaf.

Kisahnya begini, suatu hari, tatkala melihat Rasulullah SAW tertawa sendirian Saidina Umar pun bertanya apa sebabnya.
Jawab Rasulullah SAW, “Ada dua orang umatku yang memperhitungkan hak-haknya. Yang seorang berkata, “Ya Allah, berikanlah hak-hakku yang dizalimi oleh orang itu”
Berfirman Allah SWT, “Berikanlah haknya yang telah engkau zalimi itu!”
Menjawab orang yang dituntut itu dengan sedih, “Ya Allah, wahai Tuhan ku. Sesungguhnya kebaikanku telah pun habis semuanya, maka tiadalah lagi yang dapat aku berikan kepada orang ini.”
Dijawab oleh orang yang menuntut itu, “Oleh itu engkau mesti menanggung segala dosaku sebagai gantinya.”
Tatkala ini, kelihatan Rasulullah SAW mengalirkan air matanya menahan kesedihan lalu meneruskan sabdanya, “Kemudian Allah SWT berfirman kepada orang yang menuntut itu, “Angkatlah kepalamu dan lihatlah Syurga.”
Apabila dilihat oleh si penuntut itu Syurga yang penuh di dalamnya kota-kota yang berlantaikan perak dan gedung-gedung indah daripada emas bertahtakan intan permata, yang elok-elok, dia bertanya, “Apakah semua itu untuk Nabi-nabi atau apakah untuk orang syahid?’
Maka dijawab oleh Allah SWT, “Itu untuk sesiapa sahaja yang sanggup membayarnya!”
Maka kata si penuntut itu, “Ya Allah, siapakah yang memiliki harta yang banyak untuk membeli Syurga yang amat hebat itu.”
Dijawab oleh Allah SWT, “Engkau pun dapat membayarnya, iaitu dengan mengampuni orang yang telah menzalimimu itu.”
Maka kata si penuntut itu, “Kalau begitu aku sanggup mengampuni dosanya terhadapku..”
Firman Allah SWT, “Pimpinlah tangan orang itu bersama-sama ke dalam Syurga itu.”
Kemudian Rasulullah SAW bersabda, “Maka berbuat baiklah kepada saudaramu sesama Muslim.”

Pada pandangan saya, memaafkan seseorang adalah suatu perkara yang sangat sukar dan bukan semua orang mampu melakukannya, dengan ikhlas.
Hanya mereka yang berjiwa besar sahaja mampu memberi maaf seikhlas hati.
Bagaimanakah anda? Apakah senang untuk anda melupakan kesalahan seseorang terhadap anda? Mampukah anda memberi kemaafan seikhlas hati?


P/s : kita manusia biasa yang tak pernah lari dari berbuat silap. Terkadang tanpa sedar mungkin ada hati yang telah kita guris tanpa kita sedari. Jadikan amalan meminta maaf dan memberi maaf sebagai kebiasaan. Tak akan rugi orang yang memberi maaf. Takkan menjadikan kita hina sekiranya kita meminta maaf dan memberi maaf. Hakikatnya kita ni cumalah seorang hamba yang akan sentiasa berbuat silap.

Tuesday 30 September 2014

Audit Hati



Assalamualaikum W.T.H..


Dalam menjalani kehidupan seharian. Seringkali kita diberikan ujian-ujian. Apakah kita mengeluh dengan ujian tersebut atau kita redha dan berusaha memperbaiki diri?


Mungkin kita terlupa ujian yang Allah berikan itu mungkin adalah teguran dari Allah sebagai tanda kasih dan sayang Dia untuk kita. Mungkin pada waktu kita senang banyak masa kita yang kita habiskan dengan bersuka ria. Lalai dalam mengerjakan perintah dan amanah yang telah ditetapkan oleh Dia. Dari situ marilah kita mengaudit diri kita. Mengaudit hati kita agar keberkatan dan keredhaan itu boleh kita perolehi. InshaAllah.

Friday 1 August 2014

Pahit Akan Manis

"Kepahitan bukannya untuk dikemam di dalam mulut, apatah lagi dimuntahkan. Kepahitan perlu ditelan sebagai ubat yang menyihatkan"


'Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung seksaan daripada kejahatan yang diusahakannya.” – Surah Al Baqarah, ayat 286


         Saat aku tak senang duduk, giat mencari sumber ‘pengaduan’. Mengadu sana sini perihal ujian dan dugaan yang melanda diri pada orang lain. Mungkin mengharap sedikit pemahaman, sedikit simpati dan empati, serta sedikit nasihat. Bahkan aku tidak berhenti disitu, terus berusaha mencari pelbagai alternatif untuk menenangkan hati, fikiran dan mungkin sebagai wasilah untuk melupakan apa yang aku hadapi. Itu normal. Malah saat aku membicarakan soal redha. Hati kecil ini bertanya apakah aku sendiri redha dengan ketentuan yang telah Allah tetapkan?

          Terkadang aku lupa yang beban bagi manusia ada ukuran masing-masing. Semua masalah dan liku-liku kehidupan ini sesuai dengan kadarnya. Allah tidak pernah lalai kepada hamba-Nya sedangkan aku sendiri yang sering lalai dalam menjaga hubunganku dengan Allah. Persoalan yang Allah soalkan :


“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada besertanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat“- Surah Al-Baqarah, ayat 214

           Doa yang kita panjatkan, semua pasti didengari Allah. Jangankan suara kita, suara semut hitam pada tengah malam dan di atas batu hitam pun didengar oleh Allah. Dia Maha Adil. Ada doa yang dimakbulkan pada waktu yang diminta, ada yang ditunda demi kebaikan. Ada juga doa yang tidak diterima disebabkan kekurangan syarat.

      Mungkin ada suatu ketika ujian itu hadir dalam bentuk yang unik dan yang kita tidak sangka iaitu dilabel, terlabel dan kadang-kala kita pandai juga melabel. Orang ni menilai, orang tu menilai, orang mengenali menilai, orang tidak mengenali menilai, banyak penilai-penilai. Beringatlah, semua yang kita nilai itu akan diminta pertanggungjawabkan.

       When someone judge you, ambil yang boleh membina diri dan pandang nilaian seseorang tu dengan matang, skop yang luas, positif dan muhasabah balik diri, jangan ambil dari sisi yang boleh menjatuhkan diri (fikiran negatif), jalan untuk berubah ke arah kebaikan tidak hari-hari ditaburi bunga dan dibentangkan karpet merah.

      Untuk kita yang diuji, semua orang ada bahagian ujian-Nya yang memang khas untuk dia. Sabar. Yakinlah, Allah Maha Adil. Allah uji, Allah sayang. Andai kau rasa dunia dan seisinya seakan-akan tidak memahamimu, ketahuilah ada Allah yang sentiasa sudi, sentiasa memahami, sentiasa menguatkan, sentiasa menolong, sentiasa menenangkan, dan sentiasa mendengarmu. Yakinlah, janji Allah pasti benar. Kita perlu lebih sabar dan lebih syukur.

“Dan mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat…” -
(Al-Baqarah 2: ayat 45)





Wednesday 30 July 2014

LUANGKAN MASA.. CARI MASA..

Luangkan Masa untuk berfikir
Ia merupakan sumber kepada kekuatan,

Luangkan Masa untuk bermain
Ia merupakan rahsia keremajaan yang abadi,

Luangkan Masa untuk membaca
Ia adalah sumber kebijaksanaan,

Lunagkan Masa untuk sembahyang dan berdoa
Ia adalah ketenangan yang paling besar di bumi,

Luanghan Masa untuk bercinta dan dicintai
Ia adalah perasaan anugerah Illahi,

Luangkan Masa untuk beramah-mesra
Ia adalah jalan menuju kegembiraan,

Luangkan Masa untuk ketawa
Ia adalah irama untuk jiwa,

Luangkan Masa untuk memberi
Ia mengurangkan sikap mementingkan diri,

Luangkan Masa untuk bekerja
Ia adalah harga sebuah kejayaan,

Luangkan Masa untuk beramal jariah
Ia adalah kunci jalan ke syurga.

Sunday 31 March 2013

..........

Ya Allah.. Ya Rahman.. Ya Rahim.. Dibawah rahmatmu ini ku pohon agar kau berikan ketenangan dijiwa ku.. Kau berikanlah aku kedamaian. Kau tuntunlah aku dalam cahaya kebenaran-Mu. Ya Allah sesungguhnya engkau maha mengetahui apa yang tersirat dan tersurat dalam hatiku. Kau bantulah hamba-Mu ini Ya Allah..