Kita
memang berhak dan mempunyai hak sama ada untuk memaafkan orang yang
menyakiti kita. Kita boleh untuk bersorak dengan riang kerana
mendapat pahala atas kejahatan yang telah dia lakukan kepada kita
sementara dia terus dengan dosa-dosa yang telah dia lakukan.
Ada
orang yang mempunyai ketegasan dalam hal ini dengan tujuan untuk
memberi pengajaran agar dia tak terus berbuat kesalahan yang sama.
Tapi tersudut dihati kita tenangkah perasaan kita? Legakah?
Sesetengah
orang memang begitu. Maaf adalah sesuatu yang amat berharga dan tidak
mudah memberinya walaupun diminta. Apalagi jika kesalahan itu
berpunca dari satu kesalahan yang disengajakan dan amat menyakitkan
hati.
Dalam
hati terdetik, ‘Padan muka engkau, umpat aku lagi, tipu aku lagi,
sakitkan hati aku lagi, sekarang tanggunglah dosa-dosa engkau sampai
kiamat.’
Tapi
tahukah anda kesalahan yang tidak diselesaikan dengan maaf di dunia
ini akan berlanjutan hingga ke Akhirat?
Di
sana orang yang bersalah terpaksa membayar dengan memberikan pahala
kebaikannya untuk menebus maaf daripada orang yang dizaliminya.
Hingga
akhirnya dia muflis dan kerana itu dia dilemparkan ke Neraka.
Begitulah
besarnya implikasi “maaf”.
Tapi,
andai andalah orang yang bersalah itu, dan anda telah meminta maaf
dengan mengakui semua kesalahan anda, dia masih bertegas untuk tidak
memaafkan anda, bagaimana rasanya? Sanggupkah kita untuk berjumpa
dengannya diakhirat kelak dan membayar kesalahan kita dengan
memberikan pahala kebaikkan yang kita sendiri pun tak pasti berapa
banyak kebaikkan yang kita buat diterima oleh Allah?
Sebab
itulah kita kena berhati-hati dalam menjalani hidup. Seboleh mungkin
jangan lakukan sebarang kesalahan terhadap manusia kerana kesalahan
sesama manusia tak akan selesai selagi kita tidak menyelesaikan
dengan orang kita berbuat salah. Lain pula dosa dengan Allah. Kita
boleh meminta ampun dan maaf kepada Allah secara terus. Tapi dengan
manusia?
Ada
satu kisah menarik pada zaman Rasulullah dahulu yang mungkin boleh
kita jadikan tauladan dan pengajaran. Mungkin juga sebagai pelembut
hati dalam memberi maaf.
Kisahnya
begini, suatu hari, tatkala melihat Rasulullah SAW tertawa sendirian
Saidina Umar pun bertanya apa sebabnya.
Jawab
Rasulullah SAW, “Ada dua orang umatku yang memperhitungkan
hak-haknya. Yang seorang berkata, “Ya Allah, berikanlah hak-hakku
yang dizalimi oleh orang itu”
Berfirman
Allah SWT, “Berikanlah haknya yang telah engkau zalimi itu!”
Menjawab
orang yang dituntut itu dengan sedih, “Ya Allah, wahai Tuhan ku.
Sesungguhnya kebaikanku telah pun habis semuanya, maka tiadalah lagi
yang dapat aku berikan kepada orang ini.”
Dijawab
oleh orang yang menuntut itu, “Oleh itu engkau mesti menanggung
segala dosaku sebagai gantinya.”
Tatkala
ini, kelihatan Rasulullah SAW mengalirkan air matanya menahan
kesedihan lalu meneruskan sabdanya, “Kemudian Allah SWT berfirman
kepada orang yang menuntut itu, “Angkatlah kepalamu dan lihatlah
Syurga.”
Apabila
dilihat oleh si penuntut itu Syurga yang penuh di dalamnya kota-kota
yang berlantaikan perak dan gedung-gedung indah daripada emas
bertahtakan intan permata, yang elok-elok, dia bertanya, “Apakah
semua itu untuk Nabi-nabi atau apakah untuk orang syahid?’
Maka
dijawab oleh Allah SWT, “Itu untuk sesiapa sahaja yang sanggup
membayarnya!”
Maka
kata si penuntut itu, “Ya Allah, siapakah yang memiliki harta yang
banyak untuk membeli Syurga yang amat hebat itu.”
Dijawab
oleh Allah SWT, “Engkau pun dapat membayarnya, iaitu dengan
mengampuni orang yang telah menzalimimu itu.”
Maka
kata si penuntut itu, “Kalau begitu aku sanggup mengampuni dosanya
terhadapku..”
Firman
Allah SWT, “Pimpinlah tangan orang itu bersama-sama ke dalam Syurga
itu.”
Kemudian
Rasulullah SAW bersabda, “Maka berbuat baiklah kepada saudaramu
sesama Muslim.”
Pada
pandangan saya, memaafkan seseorang adalah suatu perkara yang sangat
sukar dan bukan semua orang mampu melakukannya, dengan ikhlas.
Hanya
mereka yang berjiwa besar sahaja mampu memberi maaf seikhlas hati.
Bagaimanakah
anda? Apakah senang untuk anda melupakan kesalahan seseorang terhadap
anda? Mampukah anda memberi kemaafan seikhlas hati?
P/s
: kita manusia biasa yang tak pernah lari dari berbuat silap.
Terkadang tanpa sedar mungkin ada hati yang telah kita guris tanpa
kita sedari. Jadikan amalan meminta maaf dan memberi maaf sebagai
kebiasaan. Tak akan rugi orang yang memberi maaf. Takkan menjadikan
kita hina sekiranya kita meminta maaf dan memberi maaf. Hakikatnya
kita ni cumalah seorang hamba yang akan sentiasa berbuat silap.